APLIKASI KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA DALAM SUBJEK SEJARAH
Maka, peta buih ini telah membantu pelajar menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif seperti kualiti, sifat atau ciri supaya boleh menerangkan dan memahami sesuatu dengan lebih baik. Sebagai contoh, pelajar ingin memberi penerangan tentang faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara. Maka segala isi yang menjadi faktor tersebut dipecahkan kepada beberapa bulatan di sekelilingnya menunjukkan penerangan kepada faktor tersebut. Oleh itu, pelajar mudah memberikan penerangan kepada sudah dipecahkan.
Peta Buih Berganda ini dapat menerangkan secara jelas persamaan di antara Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria iaitu kedua-duanya merupakan kerajaan awal di Asia Tenggara, mengamalkan agama Hindu Buddha dan mempunyai raja sebagai pemerintah.
Selain itu, perbezaan di antara kedua-dua kerajaan tersebut disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.
Oleh itu, pelajar lebih mudah mengenalpasti persamaan dan perbezaan bagi sesuatu tajuk sejarah.
Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya.
Sebagai contoh, jika kita ingin mengetahui sebab-sebab pembukaaan Kota Mekah, senaraikan sebab-sebab tersebut di sebelah kiri manakala kepentingan pembukaan kota Mekah di sebelah kanan.
Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya supaya dapat memahami cara sesuatu berfungsi.
Sebagai contoh, pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun lain adalah disebabkan perdagangan, penaklukan dan kebudayaan. Kemudian, daripada ciri-ciri tersebut boleh dihuraikan dengan lebih jelas di tepi.
Peta Titi membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkara-perkara yang mempunyai hubungan yang serupa.
Sebagai contoh, bidang-bidang ilmu pengetahuan dan tokoh ilmuan Islam seperti tokoh bidang perubatan adalah Ibnu Sina dan seterusnya.
Comments
Post a Comment