CARA-CARA MEMBUAT NOTA

 

CARA-CARA MEMBUAT NOTA 


  • Nota merupakan ringkasan dan isi-isi penting yang diambil dan ditulis dari matapelajaran yang kita pelajari.
  • Penguasaan kemahiran mengambil dan membuat nota adalah sangat penting kerana ia akan mempermudahkan sesi pembelajaran dalam menimba ilmu serta membantu mengekalkan maklumat yang dipelajari dalam ingatan jangka panjang sejurus membolehkan kita membuat ulangkaji dalam masa yang singkat.


  1. ANOTASI 
  • Anotasi ialah nota atau catatan tambahan yang menerangkan sesuatu dalam teks.
  • Terdapat 3 panduan membuat dan menggunakan anotasi.
          a) Baca dahulu sebelum membuat nota
  •         Teks hendaklah dibaca sekali pintas sebelum membuat anotasi.
  •         Menggunakan pen berwarna warni (highlighter), garisan,  tanda-tanda khusus pada bahagian maklumat yang penting dan sukar difahami.
  •         Menggunakan nota berpelekat (sticky notes) untuk membuat catatan

 b) Guna ayat sendiri
  •         Menggunakan ayat sendiri bagi membina semula frasa yang digunakan oleh pengarang buku dan pada masa yang sama maksud/idea asal dikekalkan.
 c) Interaksi minda dan rekod visual
        
  •          Nota yang mengemukakan komen, persoalan, pernyataan setuju atau tidak, perkaitan dengan pengalaman diri atau penstrukturan semula frasa bagi sesuatu idea.
  •         Hanya menggunakan satu pen berwarna sahaja kerana ia mampu merangsang otak untuk mengingatinya.
                  


      2.  NOTA RINGKASAN
  •          ditulis dengan mengasingkan kandungan teks mengikut turutan untuk mengenal pasti idea utama, butiran maklumat, fakta, penjelasan atau idea sokongan.
  •          seelok-eloknya mempunyai 3 aras
  •          Simbol seperti nombor, abjad Arab, angka Roman, bullets boleh digunakan bagi membezakan aras outline tersebut.
                               


      3. NOTA LAJUR
  •           Nota yang ditulis dalam bentuk dua lajur iaitu kiri dan kanan.
  •           Lajur sebelah kiri terdiri daripada idea utama atau subtajuk.
  •           Lajur sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.
  •           Teknik penyediaan nota dua lajur memerlukan bacaan aktif iaitu memisahkan idea utama daripada penerangan atau penjelasan.
  •           Nota ini boleh memberikan outline sebagai ringkasan idea-idea utama dan ayat semasa membuat ulangkaji.
                                             





     4. NOTA RUMUSAN
  •          Pembaca yang membaca secara 'skimming' akan tertumpu kepada rumusan umtuk mendapatkan gambaran kesuluruhan. 
  •          Rumusan ditulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca.
  •          Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca tentang kandungan utama dalam teks asal. 
  •           Rumusan yang pendek amat membantu bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di samping dapat menjimatkan masa.
  •          Ciri-ciri rumusan yang berkesan: 
         -  Memudahkan pembaca mengenal pasti maklumat yang paling penting
                  -   Boleh berdiri sendiri kerana rumusan merupakan inti pati daripada sumber dokumen yang asal
                  -  Rumusan kekal dengan makna yang asal
                  -   Elakkan dari menambah komen seperti "penulis ini tidak menunjukkan...."
             
                 
             
JOM SAKSIKAN VIDEO CARA-CARA MEMBUAT NOTA



                            















Comments

LET'S MAKE HISTORY!

Jenis-Jenis i-Think

PENGENALAN